Electricity Lightning
Hotline: 013-9756344. Facebook Fan Page: The Pak Wan's Empire. Instagram: thepakwansempire

Monday 7 March 2016

Sanah Helwah! Kek Lapis Lembut dan Gebu..


Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar.. Dah bulan ketiga dah kita di tahun 2016.. Pantasnya masa berlalu..
Rasa macam baru semalam je sambut ambang TAHUN BARU..

Wuuuuuu.....

Takpelah, yang berlalu, biarkan berlalu.. Itu adalah SEJARAH.. Semoga hari hari mendatang adalah lebih baik daripada sebelumnya... Kan.kan.kan???? ^_^

Bulan 3...

Sanah Helwah
Epi bornday
Allah selamatkan kamu....

Dikesempatan ini, nak wish kat both my sister..
Armizatul Shima Adam Hamzah
Wan Nurul Aiman Wan Shahruddin
Sape lagik nk join? Haha...

Semoga sentiasa panjang umur, murah rezeki dan diberkati selalu hendaknya.. Semoga menjadi khalifah yang TERBAIK di muka bumi ini... ^_^

Ceritera kek..


Ni part paling best.. Sejak kejadian kek tempoh hari yang semakin menjadik-jadik keadaanya.. Kali ni nak try something yg more different than KEK COKLAT.. Oh kek coklat.. Aku bosan melihatmu.. Hahaha~ (ada pulak kena sumpah karang.. Dah la meniaga kek coklat.. Huhu)

Sebenarnya dah lama sangat teringin nak buat kek ni tau.. Kek ni first time makan masa sarapan percuma kat kedai kawan pak mentua.. Rasa macam bahulu.. Lembut.. Tapi bukan bahulu.. Ini kek.. Tapi berlapis.. 

Tak rasa sangat pun macam tekstur kek.. Kek span pun bukan.. Ada 2 lapisan.. Tgh nya ada jem.. Adoi.. Ape kebenda nya ni.. Sedap wehh..

Dalam hati nak je tapau lagik 5 ke 10bijik tapi sebab fikir percuma.. Balik jeala.. Sian org lain nanti xdpt mkn.. Huhu

Balik pun google.. Kek lapis jem stoberi.. Tengok images dulu.. Byk tol gambo kek lapis sarawak.. Haha.. Logik la tu.. Tapi dalam byk2 gamba tu ada la TERNAMPAK kek yang ala-ala kat kedai mkan tadi tu....

Try...

Test...

Woww... Memang betoi la... Sama lembutnya.. Kek sangat ringan tpi tak macam span.. Bila gigit tu.. 

Nikmat kelembutannya.. MasyaAllah...

Hannah makan kek ni tak berhenti... Sampai sanggup tak makan nasik.. Atau adakah kerana kek itu berwarna pink?? Haha.. Anak aku memang giler pink.. Kalau boleh serba serbi pink.. Gurlish la sgt??? 

Heh~~~

Baju pink, tudung pink, seluar pink, kasut pink, biskut pink.. Paling tak pun, asal nmpak kotak/plastik biskut kaler pink.  Mesti nak dihangkut masuk troli.. Alahai anak... Haha~

Nway, ni resipi tuk korang... Aku buat 2adunan sebab 1adunan tu mcm sikit jer.. Buat 2 adunan dapatla 

seloyang kek bentuk love.. Tapi asal kejadian kek ni memang kecik je ketebalannya.. Dalam 1-2inci macam tu...

Aku xde jem stoberi kat rumah, ganti whipped cream.. Takpe, kita kasi redah jea.. Dah tu je yg ada.. Tak guna karang membazir plak.. Stok simpan lama2 tak sedap..

Ni resipi nya k.. Ovellet tu wajib hado yea.. Klo takdo, p carik kt kedai dulu baru buat.. Pastikan HALAL hokey!!

Selamat mencuba...

RESEPI KEK ROSE LAPIS JEM STRAWBERRY
resepi: ena-lovely

Bahan A:
    60g butter dicairkan
    60g gula halus / gula kastor
    60g tepung gandum
    3 biji telur gred A (+-200g)
    1/2 sb ovallete
    1/2 sk baking powder
    Sedikit Perisa Ros / vanila
    Sedikit Pewarna merah

Bahan B:
    Jem Strawberry Secukupnya
    Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  •     Masukkan semua bahan-bahan A kecuali butter cair ke dalam bekas.
  •     Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 - 10 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  •     Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  •     Ambil 2 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna merah, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  •     Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  •     Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  •     Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  •     Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  •     Paipkan garisan atas adunan kek.
  •     Ambil lidi sate atau hashi (chopstik) dan lorekkan.
  •     Bakar dengan suhu 170 degree selama 20 minit. 
  •     Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan 
  •     Menggunakan pisau kek potong kepada 2 bahagian.
  •     Sapukan nipis jem strawberry secara lembut di permukaan kek lapisan bawah.
  •     Letakkan lapisan yang bercorak di atas sapuan jem tadi.
  •     Buang cooking sheet, potong kecil kek dan susun di atas dulang hidangan.

Sekian, terima kasih.
Nukilan,
Arzilanur Akma Adam Hamzah

Tuesday 1 March 2016

Kek Mentega: Kek Sepanjang Zaman


Tokey kek coklat kukus membaking kek mentega pakai oven??

Ajaib woiii...

Sebabnya da berapa tahun kena sumpahan kek.. Buat kek bantat.. Pasal tu xpenah prefer buat kek bakar..

Tapi entah mengapa rini macam terlebey rasa nak makan kek mentega bila terkenang2kan kek kakak ipar sebelum fly balik korea ari tu... Huhu..

Nak suh kirimkan.. Jauh..

Hanya resipi yang ada..

1cawan mentega
1cawan gula
1cawan telur (anggaran 4biji gredA)
1sudu kecil esen vanilla
2 1/2 tepung gandum (ayak)
1sudu kecil baking powder

Ubahsuai:
1 cawan mentega --> 1/2cawan

Tambahan:
3/4cawan susu pekat
1/2cawan susu cair

Cara-caranya:
--------------
Pakai mixer tau.. Tekstur kek lebih gebu dan moist..

Mentega+gula (pukul sampai kembang, warna putih).

Masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul sampai kembang.

Tambah esen vanila. Pukul lagi sampai tak nampak ketul2 telur.

Masukkan tepung gandum, susu pekat n susu cair secara berselang-seli (part ni tk payah pakai mixer. Guna kaedah kaup balik je)

Sebelum tu, jangan lupa panaskan dulu oven. Oleskan loyang dgn minyak, lapik baking sheet. Bakar 170degree api bawah sahaja selama 40minit, tambahan 10minit api atas bawah. Cek samada kek da masak atau belum. Jika belum, tambah lagi masa membakar 10minit.

Kek yang da masak.. Apabila dicucuk dgn lidi, keluarnya bersih dan tiada adunan yang melekat pada lidi tersebut.

Sekian, terimakasih.
Share jika bermanfaat.

Nukilan,
Arzilanur Akma Bt Adam Hamzah

Talam ABC! Rasa seindah rupa!


Assalamualaikum wbt..

Ini cerita weekend yang lepas..

Tempahan talam ABC daripada my lovely kazen... ^___^

Ekceli, talam ABC ni takde lar recommended sangat sebelum ni.. Tapi lepas kejadian talam tempoh hari yang menjadi-jadi rupa dan keadaannya dan ditambah pula rasa dan keenakkan yang melampau-lampau..

So.. hari ni.. saya nak bagitau...

TALAM ABC... RECOMMENDED!!!

Sedap kot.. rasa lemak santan di lapisan bawah.. pastu ada bahan-bahan sampingan kacang merah, jagung manis dan cendol yang menambahkan rasa dan aroma..

Perghh... Warna lapisan atas yang pinky-pinky gitu.. terpikat kottt...

Lembut... sesuai dimakan oleh semua golongan dan lapisan masyarakat.. Bebudak kalau korang bagi talam ubi kayu, talam yang biasa2 tu.. mungkin diorang tak pandang kan?? Cer korang bagi talam ABC pulak... boleh meroyan diorang nak rasa.. Wakakakakakaka~~ (ikhlas nya gelak.. haha)

Okey la... Ni akma bagi resipi.. tapi ni pun resipi copy & paste daripada Ratu Talam.. Blog Kak Yatie-Talam ABC

Malas nak bukak link?? Takpe-takpe.. saya kongsikan di sini k... ^_^

  Bahan Lapisan Bawah (loyang 10x10x3)

(A)
  • 2 cwn tepung beras
  • 4 sb tepung Hoen Kwee (putih)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
(B)
  • 1 cwn cendol (toskan airnya)
  • 1 cwn whole kernel corn (toskan airnya)
  • 1 cwn kacang merah ( yg telah di rebus dan toskan airnya)
Cara-Cara
  1. Satukan bahan A dan dikacau hingga sebati.
  2. Masak atas api sederhana sehingga nak wap. (separuh pekat)
  3. Masukkan bahan (B) & gaul hingga sebati.
  4. Tuang kedalam loyang yg di alas plastik dan di sapu minyak kelilingnya, kukus selama 25 minit.

Bahan Lapisan Atas
  • 1 cawan gula kastor
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna pink
Cara-Caranya.
  1. Satukan semua bahan2 utk lapisan atas, kacau sehingga rata.
  2. Masak sehingga naik wap(sedikit pekat)
  3. Cakar sedikit gunakan garfu lapisan bawah dan tuangkan adunan lapisan atas.
  4. Kukus lagi selama 25 minit.
  5. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik supaya cantik.
Selalu kalau tempahan orang yang berbayar.. Saya akan makesure tempahan itu menjadi.. takde merekah, dipotong cantik, cukup rasa lemak bagai... maklumlah.. orang bayar kan.. servis kena lah tiptop!! Kalau sejam tempoh nak buat untuk sebijik kuih talam tu... Sejam jugaklah saya kat depan periuk kukus tu.. Nak tengok paras air makesure tak kering. Nak makesure adunan kuih talam tak masuk air.. Pastu makesure kuih betul-betul sejuk... Selalu akma buat paling kurang 10-12jam sebelum bagi pada empunya kuih...

Alhamdulillah.. kuih kalau dijaga dengan baik.. hasilnya sangat memuaskan.. Yang penting.. IKHLAS ITU WAJIB HADOOO!!

Korang masaklah dengan hati yang tak berapa nak ikhlas... memang hurrrmmmm jeala nanti... haha~



Sekian, Terima Kasih..
Yang buruk datang daripada saya, yang baik-baik itu semuanya daripada Allah SWT..

Nukilan,
Arzilanur Akma Binti Adam Hamzah