Electricity Lightning
Hotline: 013-9756344. Facebook Fan Page: The Pak Wan's Empire. Instagram: thepakwansempire

Tuesday 1 March 2016

Kek Mentega: Kek Sepanjang Zaman


Tokey kek coklat kukus membaking kek mentega pakai oven??

Ajaib woiii...

Sebabnya da berapa tahun kena sumpahan kek.. Buat kek bantat.. Pasal tu xpenah prefer buat kek bakar..

Tapi entah mengapa rini macam terlebey rasa nak makan kek mentega bila terkenang2kan kek kakak ipar sebelum fly balik korea ari tu... Huhu..

Nak suh kirimkan.. Jauh..

Hanya resipi yang ada..

1cawan mentega
1cawan gula
1cawan telur (anggaran 4biji gredA)
1sudu kecil esen vanilla
2 1/2 tepung gandum (ayak)
1sudu kecil baking powder

Ubahsuai:
1 cawan mentega --> 1/2cawan

Tambahan:
3/4cawan susu pekat
1/2cawan susu cair

Cara-caranya:
--------------
Pakai mixer tau.. Tekstur kek lebih gebu dan moist..

Mentega+gula (pukul sampai kembang, warna putih).

Masukkan telur sebijik demi sebijik. Pukul sampai kembang.

Tambah esen vanila. Pukul lagi sampai tak nampak ketul2 telur.

Masukkan tepung gandum, susu pekat n susu cair secara berselang-seli (part ni tk payah pakai mixer. Guna kaedah kaup balik je)

Sebelum tu, jangan lupa panaskan dulu oven. Oleskan loyang dgn minyak, lapik baking sheet. Bakar 170degree api bawah sahaja selama 40minit, tambahan 10minit api atas bawah. Cek samada kek da masak atau belum. Jika belum, tambah lagi masa membakar 10minit.

Kek yang da masak.. Apabila dicucuk dgn lidi, keluarnya bersih dan tiada adunan yang melekat pada lidi tersebut.

Sekian, terimakasih.
Share jika bermanfaat.

Nukilan,
Arzilanur Akma Bt Adam Hamzah

No comments:

Post a Comment