Electricity Lightning
Hotline: 013-9756344. Facebook Fan Page: The Pak Wan's Empire. Instagram: thepakwansempire

Thursday 7 January 2016

Ceritera Talam Part 1


Assalamualaikum wbt..

Ini aku punya kuih talam..

Yang PERTAMA...

Sepanjang aku bernafas atas muka bumi ini..

Bangga tak bangga?? Astaghfirullah-al-adzhim..................... hihi

Tapi memang nak bagitaulah.. aku stat buat kuih talam ni pakai steamer TRIO Chef Asma' dan memang beli pun daripada laman FB beliau..

Nak cerita pasal asal usul keinginan kuih talam ni... hmmm... entah lah.. tak tau la macam mana tetibe TERINSPIRASI untuk minat kuih talam..

Sebab memang aku jarang sangat lah nak merasa, membeli apetah lagik membuatnya.. sebab dalam pale hotak aku ni selalu terbayang kuih talam yang...

TRADISIONAL
MELAYU ASLI
UBI KAYU
BAWAH COKLAT ATAS PUTIH

Orthodoks betul rasanya (kalau tak faham sila google)

But then (speaking london ler plakkk... :p) entah macam mana terasa hati nak mengoogle images kuih talam pastu terjumpa..

PELBAGAI JENIS, WARNA, RUPA waima NAMA kuih talam yang sangat PELBAGAI..

Rupanya kuih talam dah dimodenkan... huhhh.. kenapa lah aku baru tau?????

Memang teruja gila bila tengok gambar-gambar kuih talam moden.. sangat MENARIK TERTARIK KAU MEMANG D BOMB KEBABOM!!

Bayangkan kuih-kuih talam moden macam:

-TALAM ROTI PAUN
-TALAM TOKYO
-TALAM SRI SARAWAK
-TALAM CARRIBEAN
-TALAM PEANUT BUTTER
-TALAM ABC
-TALAM CENDOL

Sampai aku sendirik terfikir.. bila masa Orang Jepun pandai buat talam ni?? Teruja sungguh rasa hati.. Lagik satu... Talam Carribean bak ang... korang ingat ade filem pirates of carribean je kerrr??? talam pun hado oiii....

Sepanjang sebulan bergelumang dengan dunia talam ni.. memang macam-macam pengalaman, cerita, pahit manis kejadian kuih talam berlaku dalam hidupku..

Tiap kali tengok resipi kuih talam dalam blogger senior2.. hati rasa teruja nak cuba.. Bila da buat, berdebar menunggu masa nak potong dan melihat suatu keajaiban yang akan berlaku disebalik setiap potongan kuih talam tu...

Fuhh... unik betul perasaan itu...

Tu belum masuk perasaan berdebar nak tunggu RESULT rasa kuih talam tu macam mana... Yeala.. selalu buat untuk majlis dan bagi orang makan.. Buat dalam loyang 10x10.. pastu masuk kotak.. celah mana aku nak rasa dulu??? Redha n pasrah jeala masa tu...

Kuih talam ni nak buat nya takdelah leceh dan susah mana.. cuma nak kena pandai main skill.. macam-macam skill korang kena tau..

Skil naik wap macam mana..
Skil nak tuang adunan macam mana..
Skil nak lorek adunan dah siap kukus macam mana..
Skil nak jaga api kukusan macam mana..
Skil nak potong kuih talam macam mana..
Skil nak keluarkan kuih talam macam mana..

Mengalahkan skil pemain bola sepak!

Atas sebab dan dasar itulah.. aku rasa macam nak kongsi jea setiap skill yang aku JUMPA!! JUMPA tau.. sebab nya.. semua cerita aku dalam posting akan datang semua based on pengalaman sendirik... bukan takmo pegi kelas.. aku ada baby 3 bulan.. kalau pergi kelas.. sape nak nyusukan anak aku... bagi botol semata-mata sebab nak pergi kelas kuih talam... Memang TAK lahhhhh...... ^_^

Nak tunggu anak da besaw.. da berapa umur aku masa tu.. itu pun kalau ada lagi..

Makanya, setiap cerita yang aku ceritakan nanti.. kalau tidak banyak, sedikit pun jadiklah untuk korang buat sebagai panduan..

kalau tak minat kuih talam pun tak pe.. suatu hari nanti, pasti korang akan jatuh hati dan teruja jugak.. lagipun, pengalaman yang ada, kalau simpan lama-lama n sendirik.. berkarat jugak... baik cerita kat orang.. Moga semua beroleh manfaat... InsyaAllah..

Jadik, jangan lupa tunggu posting aku yang seterusnya k...

Bye-bye....

Assalamualaikum wbt

Nukilan,
Arzilanur Akma Adam Hamzah

No comments:

Post a Comment