Electricity Lightning
Hotline: 013-9756344. Facebook Fan Page: The Pak Wan's Empire. Instagram: thepakwansempire

Monday 25 January 2016

Perkongsian: Tips dan teknik kuih talam


Assalamualaikum wbt..

Wahhh.. Tak sangka ramai yang minat dengan posting-posting kuih talam saya.. Segan plak bila kena soal n suh ajar buat kuih talam...

Saya pun baru je belajar, dan masih lagi dalam proses pembelajaran.. Memang sebab minat sangat dengan kuih talam ni, saya tak pernah berkira-kira pun walaupun untuk sumbangan sebarang majlis.. Percuma jer.. Tuan rumah tak pernah mintak pun.. dan saya sendirik tak pernah mintak pape balasan pun.. cukup lah sekadar dihabiskan kuih talam itu hingga menjilat kotak.. hihihihih..

Nak suh ajar... xpakar lagik laaaa.... Time ajar tu nanti tak menjadik plak.. haruuu.... haha,..

jadik di bawah ni serba sedikit tips dan teknik yang boleh dikongsikan berdasarkan pengalaman2 sebelum ni... ^_^

Share jika bermanfaat!

1)amek resipi kuih talam daripada sumber yang diyakini. Saya selalu ambik daripada blogger Yatie memories. Recommended:resipi talam roti paun. Org ramai suka.

2)pakai santan kotak pun xpe.. Sllu ezi buat santan pekat xcampur air klo santan kotak.. 

3) adunan mesti dimasak dulu atas api sederhana. Sllu kacau smpaaaaiiii jadik pekat susu cair.. Jgn pekat sgt nnti kuih xcantik. Jgn cair sgt nnti lembik. 

4)adunan tu klo malas nk bancuh satu2.. Sukat je terus dlm blender n blend.. Pastu tapis.

5)Masa kukus makesure jgn termasuk air. Nk selamat, tutup pakai aluminium foil.K)lo pki pengukus biasa jgn lupa cek air. Ezi pakai steamer trio.. Hihi

6)Bila da siap masak tunggu betul2 sejuk baru potong... Sekurang2nya 4-5jam

7) Potong pakai pisau plastik untuk mendapatkan potongan yang kemas.

p/s: Xmasuk peti pun xpe. Klo menjadik, kuih talam tu die xlembik n boleh dipotong cantik. Klo lembik n xbley potong cantik.. Tu xmenjadik.. Masuklah berjam2 dlam peti, die xkn keras..

Itu maknanya.. Sila cuba lagi..

Prektis make perfect.. kiki emoticon^_^


Terima Kasih,
Arzilanur Akma Bt Adam Hamzah

Wednesday 20 January 2016

(Resipi) Zaman yang dirindui-Pizza Kentang

Zaman kanak-kanak dulu (90-an).. Restoran jual pizza takdelah macam sekarang ni.. Pizza hut.. Dominos.. Bila tingin jer on komputer/smartfon.. Oder online.. Siap ada tukang delivery..
Tau2 je kenyang makan pizza.. Duit pun kenyang kat tokey pizza.. Haha
Dulu cara arwah ibu pujuk kalau nak makan pizza.. Die akan buatkan pizza kentang.. Takdelar pizza mana pun.. Tapu sebab masa tu kanak-kanak.. Asalkan sedap dan ade rupa ala-ala pizza.. Telan jea larrr...
Zaman yang berlalu.. Kini semakin dirindui.. Resipi tak tau.. Tapi rasanya sentiasa diingati dan dekat dihati..
Akhirnya.. After my 3rd attempts (sebelum ni buat xpernah menjadik.. Frust.. 3tahun da mencuba.. Tahun ke3, Alhamdulillah berjaya)..
Yeay...
Ni saya share kan resipi k.. Takde adegan goreng-gorengan, bahan pun murah2 jea.. Sangat kenyang.. Sangat berkhasiat.. Buat bekalan bento anak ke sekolah.. Hehe..
Share jika bermanfaat.. Sape dah mencuba.. Jangan lupa share kt ruangan komen rasanya.. ^_^
Selamat mencobaaaa...
--------------------------
Sumber asli: Arwah Mama
Disediakan oleh: Arzilanur Akma
Pizza kentang.. Resipi arwah mama..
Resipi:
3biji kentang dipotong dadu sederhana besar. Rebus sehingga empuk.
5batang sosej dipotong bulat. Rebus sedikit.
Boleh juga tambah sayur campur frozen yg direbus empuk.
Gaul bahan2 diatas dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
------------------
1cawan susu segar
2biji telur
1/2 cawan tepung gandum
Garam
(Pukul bahan2 di atas dan tapis ke dalam loyang kentang tadi)
Tambah beberapa sudu butter ke atas adunan. Juga boleh ditambahkan parutan cheese jika suka..
Bakar 180degree selama 30minit api bawah dan 10minit api atas (sehingga masak) -lain oven, lain keadaannya..
Share jika bermanfaat. Semoga menjadi ladang pahala untuk arwah ibuku di sana.. InsyaAllah.. ^_^

Thursday 14 January 2016

Fourth Attempt: Talam Roti Paun



Assalamualaikum wbt..

Percubaan kali keempat dah rupenyerrrr.... Talam roti paun.. memang sangat sedap sebab rasanya yang unik...

Lapisan bawah nya roti.. lapisan tengah dan atas daripada adunan tepung.. Macam biasa.. saya kreditkan ucapan terima kasih kepada tuan resipi.. Chef Asma dan kak Yatie.. Kak Yati tu Ratu Talam.. Chef Pulak Sifu talam... memang kalau penggemar resipi talam.. memang sangat kenal dengan dua individu ni.. Kalau tak kenal.. sila ketuk ketampi!! Hahaha..

Ni saya sertakan bersama resipi kalau korang malas nak ke sumber asal.. ^_^

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2 (Saya pakai 10keping je)
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
  • Tambah sendiri (coklat cip)
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau (Saya tukar pewarna kuning)
  • sedikit perisa pandan (Saya tukar perisa jagung)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe) (Saya tukar pewarna pink dan perisa ros)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Kalau ikut resipi asal lapisan tengahnya hijau, atasnya kuning.. Saya buat perubahan sedikit pada kombinasi warna sebab dan menjamu anak-anak saudara makan.. Nak bagi bebudak makan kan.. mestilah kena ikut kesukaan diorang.. kalau bagi warna tak comey karang..jangan kan makan.. pandang pun takmo... Haha..

Tapi tengok jugak kombinasi warna tu.. jangan plak pelik melampau.. kot bagi kaler hijau dengan purple.. erkkkkk......

Tips: Makesure adunan tu agak sederhana yea.. Tidak TERLALU PEKAT atau TERLALU CAIR.. Kalau pekat sangat, adunan selepas kukus tak smooth/cantik.. Kalau terlalu cair.. kemungkinan besar adunan akan diserap ke roti.. BAHANA tu namanya... silap-silap lapisan atas boleh jadik lapisan bawah!! Ini pernah terjadi pada saya hari itu..... Wuuuaaaaa ^_^

Adunan yang elok selepas di masak atas api akan menghasilkan kepekatan seperti susu pekat manis sebelum dimasuk ke dalam peti...

Selamat mencuba...

Terima Kasih,
Arzilanur Akma Adam Hamzah

Monday 11 January 2016

Tempahan Dibuka

ANEKA KUIH TALAM HARGA 1 SUNGAI BULOH!!!!

RM 30 untuk semua jenis kuih talam..

Saiz 10x10 (sekotak)

Tempahan: 013-9756344 (Anas)

FB fan pages: The Pak Wan's Empire
IG: thepakwansempire
Blog: dpakwansempire.blogspot.my

(Harga LUAR SUNGAI BULOH kena lah tambah duit minyak sikit yea..)







PELBAGAI TALAM LAIN-LAIN UNTUK DITEMPAH..

SEBUT JERRR... INSYA-ALLAH AKAN DIREALISASIKAN..

Arzilanur Akma Binti Adam Hamzah

Skil 1: Blender adunan

Assalamualaikum wbt..

Arini saya nak nak tunjuk skil... gambar jea... haha..

Cara paling mudah untuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat kuih talam...

Ni cara paling mudah, jimat masa, tenaga dan bekas..~

Tidak diajar di mana-mana kelas kuih talam tau!! :p


3 LANGKAH MUDAH:

1) SUKAT BAHAN SATU PERSATU MENGGUNAKAN BEKAS YANG SAMA (Jimat masa tak payah nak basuh banyak-banyak bekas bagai). Semua bahan yea.. termasuklah santan, pewarna, perasa, garam, gula... nak masuk daun pandan sekali pun boleh kot (tapi saya tak pernah try lagi.. hihi)

2) BLENDER. Tekan butang on dan blend sampai betul-betul halus.. Adunan akan jadi berbuih di bahagian atas.

3) TAPIS. Lepas da blend jangan lupa tapis sebab kadang ada bendasing yang tak boleh di kisar oleh mesin.. sah-sah la tak boleh dikisar juga oleh gigi anda!! so, jangan carik pasal hokey!!

Gambar rujukan:


Talam pandan kacang merah lapisan bawah
Selepas diblend. Setelah dicampur pewarna chonicheal (kot.. hihi)

Kalau korang tengok gambar satu macam berlapis-lapis tu kan.. yang tu saya blend starting dengan bahan kacang merah, air, santan, gula dan tepung.

Tak kisah pun turutan macam-mana, janji masa korang blend tu..semua bahan sebati hokey.. takde tepung melekat-lekat dekat dinding blender..

Sekian sahaja skil kita hari ini.. Jumpa lagi lain kali..


Terima Kasih,
Arzilanur Akma Bt Adam Hamzah

Friday 8 January 2016

Talam Kacang Merah

Assalamualaikum wbt..


Kejadian talam kali ni adalah yang paling indah rasanya..

Sebab aku takdelah letak harapan yang tinggi sangat kat talam kali ni memandangkan memang hanya menggunakan bahan-bahan lebihan daripda talam ABC yang buat sebelum ni..

Telur pun dah nak habis.. Jadik kira-kira memang masa google tu, aku carik 'talam tanpa telur'.. Mr google pun kua kan la resipi Talam kacang merah pandan by dapurku sayang..

Memang sedap bagi aku yang tak berapa minat kacang merah.. Aku pakai kacang merah dalam tin jerrr.. Sukatan 1setengah cawan.. Tp yang ade, cukup utk 1cawan jer.. Hantam sajalah labu..

Mintak maaf tuan resipi sebabnya aku da edit tambah jagung tin kat lapisan tengah tu heeee..

Memang sedap.. Abah, mak, abang, kakak, adik, anak sdare sume suka.. Alhamdulillah..

Tapi disebalik keindahan kejadian talam tu, ade sesuatu yang buat aku terkilan.. Lapisan atas merekah-rekah.. Hmmm..

Takpelah.. Janji rasa tetap masyuk.. Weee...

Buat sebab nak bawak g PD.. Ade family bonding sana.. Sempatlah makan malam tu selepas berbabeque kambing bakar.. Wuuu...

Resipi nanti aku gtau kendian k.. ataupun tgk je kt link aku bagi atas tu.. sebabnya ni tgh tulis blog pakai smartfon.. ^_^

Terima Kasih,
Arzilanur Akma Adam Hamzah

Thursday 7 January 2016

Talam Roti Paun


Rasa macam dah cerita panjang katposting sebelum ni.. nak simpan idea dulu nak cerita apa untuk next talam plak.. hihi..

Ni aku share kan resipi TALAM ROTI PAUN.. karang ade yang kata aku tunjuk gamba tapi takde resipi plak.. huhu.. resipi copy paste jeala memang sumber kopipes je pun.. hihi..

Sumber Utama: Chef Asma
Sumber resipi: Sinar Kehidupan

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Selamat mencuba..

Arzilanur Akma Binti Adam Hamzah

Ceritera Talam Part 1


Assalamualaikum wbt..

Ini aku punya kuih talam..

Yang PERTAMA...

Sepanjang aku bernafas atas muka bumi ini..

Bangga tak bangga?? Astaghfirullah-al-adzhim..................... hihi

Tapi memang nak bagitaulah.. aku stat buat kuih talam ni pakai steamer TRIO Chef Asma' dan memang beli pun daripada laman FB beliau..

Nak cerita pasal asal usul keinginan kuih talam ni... hmmm... entah lah.. tak tau la macam mana tetibe TERINSPIRASI untuk minat kuih talam..

Sebab memang aku jarang sangat lah nak merasa, membeli apetah lagik membuatnya.. sebab dalam pale hotak aku ni selalu terbayang kuih talam yang...

TRADISIONAL
MELAYU ASLI
UBI KAYU
BAWAH COKLAT ATAS PUTIH

Orthodoks betul rasanya (kalau tak faham sila google)

But then (speaking london ler plakkk... :p) entah macam mana terasa hati nak mengoogle images kuih talam pastu terjumpa..

PELBAGAI JENIS, WARNA, RUPA waima NAMA kuih talam yang sangat PELBAGAI..

Rupanya kuih talam dah dimodenkan... huhhh.. kenapa lah aku baru tau?????

Memang teruja gila bila tengok gambar-gambar kuih talam moden.. sangat MENARIK TERTARIK KAU MEMANG D BOMB KEBABOM!!

Bayangkan kuih-kuih talam moden macam:

-TALAM ROTI PAUN
-TALAM TOKYO
-TALAM SRI SARAWAK
-TALAM CARRIBEAN
-TALAM PEANUT BUTTER
-TALAM ABC
-TALAM CENDOL

Sampai aku sendirik terfikir.. bila masa Orang Jepun pandai buat talam ni?? Teruja sungguh rasa hati.. Lagik satu... Talam Carribean bak ang... korang ingat ade filem pirates of carribean je kerrr??? talam pun hado oiii....

Sepanjang sebulan bergelumang dengan dunia talam ni.. memang macam-macam pengalaman, cerita, pahit manis kejadian kuih talam berlaku dalam hidupku..

Tiap kali tengok resipi kuih talam dalam blogger senior2.. hati rasa teruja nak cuba.. Bila da buat, berdebar menunggu masa nak potong dan melihat suatu keajaiban yang akan berlaku disebalik setiap potongan kuih talam tu...

Fuhh... unik betul perasaan itu...

Tu belum masuk perasaan berdebar nak tunggu RESULT rasa kuih talam tu macam mana... Yeala.. selalu buat untuk majlis dan bagi orang makan.. Buat dalam loyang 10x10.. pastu masuk kotak.. celah mana aku nak rasa dulu??? Redha n pasrah jeala masa tu...

Kuih talam ni nak buat nya takdelah leceh dan susah mana.. cuma nak kena pandai main skill.. macam-macam skill korang kena tau..

Skil naik wap macam mana..
Skil nak tuang adunan macam mana..
Skil nak lorek adunan dah siap kukus macam mana..
Skil nak jaga api kukusan macam mana..
Skil nak potong kuih talam macam mana..
Skil nak keluarkan kuih talam macam mana..

Mengalahkan skil pemain bola sepak!

Atas sebab dan dasar itulah.. aku rasa macam nak kongsi jea setiap skill yang aku JUMPA!! JUMPA tau.. sebab nya.. semua cerita aku dalam posting akan datang semua based on pengalaman sendirik... bukan takmo pegi kelas.. aku ada baby 3 bulan.. kalau pergi kelas.. sape nak nyusukan anak aku... bagi botol semata-mata sebab nak pergi kelas kuih talam... Memang TAK lahhhhh...... ^_^

Nak tunggu anak da besaw.. da berapa umur aku masa tu.. itu pun kalau ada lagi..

Makanya, setiap cerita yang aku ceritakan nanti.. kalau tidak banyak, sedikit pun jadiklah untuk korang buat sebagai panduan..

kalau tak minat kuih talam pun tak pe.. suatu hari nanti, pasti korang akan jatuh hati dan teruja jugak.. lagipun, pengalaman yang ada, kalau simpan lama-lama n sendirik.. berkarat jugak... baik cerita kat orang.. Moga semua beroleh manfaat... InsyaAllah..

Jadik, jangan lupa tunggu posting aku yang seterusnya k...

Bye-bye....

Assalamualaikum wbt

Nukilan,
Arzilanur Akma Adam Hamzah