Electricity Lightning
Hotline: 013-9756344. Facebook Fan Page: The Pak Wan's Empire. Instagram: thepakwansempire

Thursday 14 January 2016

Fourth Attempt: Talam Roti Paun



Assalamualaikum wbt..

Percubaan kali keempat dah rupenyerrrr.... Talam roti paun.. memang sangat sedap sebab rasanya yang unik...

Lapisan bawah nya roti.. lapisan tengah dan atas daripada adunan tepung.. Macam biasa.. saya kreditkan ucapan terima kasih kepada tuan resipi.. Chef Asma dan kak Yatie.. Kak Yati tu Ratu Talam.. Chef Pulak Sifu talam... memang kalau penggemar resipi talam.. memang sangat kenal dengan dua individu ni.. Kalau tak kenal.. sila ketuk ketampi!! Hahaha..

Ni saya sertakan bersama resipi kalau korang malas nak ke sumber asal.. ^_^

Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2 (Saya pakai 10keping je)
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin-Yatie tak letak
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
  • Tambah sendiri (coklat cip)
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)
Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau (Saya tukar pewarna kuning)
  • sedikit perisa pandan (Saya tukar perisa jagung)
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)
Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe) (Saya tukar pewarna pink dan perisa ros)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.

Kalau ikut resipi asal lapisan tengahnya hijau, atasnya kuning.. Saya buat perubahan sedikit pada kombinasi warna sebab dan menjamu anak-anak saudara makan.. Nak bagi bebudak makan kan.. mestilah kena ikut kesukaan diorang.. kalau bagi warna tak comey karang..jangan kan makan.. pandang pun takmo... Haha..

Tapi tengok jugak kombinasi warna tu.. jangan plak pelik melampau.. kot bagi kaler hijau dengan purple.. erkkkkk......

Tips: Makesure adunan tu agak sederhana yea.. Tidak TERLALU PEKAT atau TERLALU CAIR.. Kalau pekat sangat, adunan selepas kukus tak smooth/cantik.. Kalau terlalu cair.. kemungkinan besar adunan akan diserap ke roti.. BAHANA tu namanya... silap-silap lapisan atas boleh jadik lapisan bawah!! Ini pernah terjadi pada saya hari itu..... Wuuuaaaaa ^_^

Adunan yang elok selepas di masak atas api akan menghasilkan kepekatan seperti susu pekat manis sebelum dimasuk ke dalam peti...

Selamat mencuba...

Terima Kasih,
Arzilanur Akma Adam Hamzah

No comments:

Post a Comment