Electricity Lightning
Hotline: 013-9756344. Facebook Fan Page: The Pak Wan's Empire. Instagram: thepakwansempire

Monday 11 January 2016

Skil 1: Blender adunan

Assalamualaikum wbt..

Arini saya nak nak tunjuk skil... gambar jea... haha..

Cara paling mudah untuk menyediakan bahan-bahan untuk membuat kuih talam...

Ni cara paling mudah, jimat masa, tenaga dan bekas..~

Tidak diajar di mana-mana kelas kuih talam tau!! :p


3 LANGKAH MUDAH:

1) SUKAT BAHAN SATU PERSATU MENGGUNAKAN BEKAS YANG SAMA (Jimat masa tak payah nak basuh banyak-banyak bekas bagai). Semua bahan yea.. termasuklah santan, pewarna, perasa, garam, gula... nak masuk daun pandan sekali pun boleh kot (tapi saya tak pernah try lagi.. hihi)

2) BLENDER. Tekan butang on dan blend sampai betul-betul halus.. Adunan akan jadi berbuih di bahagian atas.

3) TAPIS. Lepas da blend jangan lupa tapis sebab kadang ada bendasing yang tak boleh di kisar oleh mesin.. sah-sah la tak boleh dikisar juga oleh gigi anda!! so, jangan carik pasal hokey!!

Gambar rujukan:


Talam pandan kacang merah lapisan bawah
Selepas diblend. Setelah dicampur pewarna chonicheal (kot.. hihi)

Kalau korang tengok gambar satu macam berlapis-lapis tu kan.. yang tu saya blend starting dengan bahan kacang merah, air, santan, gula dan tepung.

Tak kisah pun turutan macam-mana, janji masa korang blend tu..semua bahan sebati hokey.. takde tepung melekat-lekat dekat dinding blender..

Sekian sahaja skil kita hari ini.. Jumpa lagi lain kali..


Terima Kasih,
Arzilanur Akma Bt Adam Hamzah

No comments:

Post a Comment